Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur pada Allah kerana kita semua masih dipanjangkan umur pada tahun ini dan diberi peluang meraikan aidilfitri bersama keluarga. Semoga kita semua terus diberkati dan dilimpahi dengan rahmatNYA.

Lama juga saya tidak mencoret dalam blog ini. Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada rakan-rakan kerana tidak dapat hadir dalam majlis pertemuan ahli kelas kita pada hari raya ketiga baru-baru ini. Memang pada mulanya saya berjanji untuk hadir, namun pada saat akhir, ia terpaksa dibatalkan memandangkan saya tidak balik beraya di Kedah pada tahun ini.

Saya rasa, kemeriahan kalian tetap sama walau tanpa kehadiran si becok ini. Apa pun, tahniah buat kalian semua. Jangan lupa masukkan beberapa gambar dikongsikan bersama.

Tiba-tiba terlintas di otak ini untuk catatkan beberapa perbezaan sambutan raya dulu dan kini (kira ni pandangan peribadi saya sendiri la, mungkin hampa semua masih rasa sama je). Yang aku perasan cam kat bawah ni:-

Lemang
Dulu : dua hari sebelum raya, sibuk mencari buluh, sehari sebelum raya, sibuk bakaq lemang, sampai ada yang "frust" kalau lemang tak masak, kadang-kadang terlebih santan atau garam.
Kini : "on the way" balik kampung, dan lagi singgah gerai tepi jalan untuk beli lemang...

Bahulu :
Dulu : dua tiga hari sebelum raya, sibuk dok pukui teloq dalam bekas cam tempayan kecik, bakaq guna sabut, sampai hitam lubang hidung dengan asap. Buat macam-macam bentuk dan yang paling 'glamer" bentuk ikan ler.
Kini : Dua tga minggu sebelum raya sudah tempah dengan pembekal yang memang buat perniagaan bahulu sepanjang tahun

Buat kek raya
Dulu : masing-masing pulun dok buat kek malam raya. Macam-macam aneka jenih kek
Kini : semuanya pergi beli malam raya. pi pulak lewat sikit untuk dapatkan harga murah (penghabisan stok)

Baju raya
Dulu : sebulan sebelum tu, sibuk dok beli kain dan hantaq ke tukang jahit
Kini : Beli saja, cakap je nak saiz apa, kaler apa, semua ada. janji duit ada

Kad raya
Dulu : seminggu sebelum raya, sibuk kita semua beli kad raya untuk dihantaq. penuh pejabat pos sebab pakat dok beratuq beli setem
Kini : semuanya kad alam maya. tambah-tambah ada "muka buku", semua ucapan tulis di situ je. Lepas buka puasa je, bertalu-talu sms ucapan raya masuk ke telefon masing-masing. Dari ayat formal hingga ayat berbunga-bunga. janji "kredit" telefon ada sudah..kalau tak balas tu kira abih "kredit" la tu.

Ok, aku berenti kat sini ja nah....aku nak gi sambung kerja balik, ni aku curi masa kerja sat utk hilang "stress" (padahal baru dua hari mula kerja selepas cuti raya). Tapi tak dapat dinafikan beberapa amalan mulia masih diteruskan seperti beraya di rumah adik beradik (merujuk kepada sanak saudara), kawan-kawan dan jiran tetangga. Masih lagi ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin diucapkan setiap kali bersalaman. Apa yang penting, kita semua masih lagi menghayati erti sambutan raya tersebut iaitu hari meraikan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa dengan menahan diri dari segala dugaan.


SALAM AIDILFITRI DARI NILAI.

No comments: