Monday, December 7, 2009

Harga genuak akan naik lagi-oh terima kasih pak menteri!

Ah pak menteri nak buat hal pula. beliau mengatakan kera-jaan tidak akan berterusan memberi subsidi kepada genuak. Pak menteri inipun memberikan hujahnya-tabiat manusia2 di Malaysia yang suka makan banyak genuak ketika sarapan, makan tengah hari dan malam, serta buah genuak ini turut digunakan dalam semua jenis makanan seperti kek genuak, teh tarik genuak, gulai genuak dan macam-macam jenis masakan lagi menyebabkan manusia2 di Malaysia jatuh sakit. Genuak yang terbukti amat manis ini menyebabkan manusia2 di Malaysia jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital-itu menyusahkan manusia2 itu sendiri-juga, pak menteri memberitahu bahawa kera-jaan kena pula menyediakan ramai doctor kerana ramai pesakit yang sakit sebab makan genuak itu. Yang paling menyedihkan lagi ialah kera-jaan kena keluarkan banyak wang untuk menanggung subsidi itu-alangkah baiknya kalau wang2 itu digunakan untuk kepentingan rakyat itu sendiri seperti untuk membuka lebih banyak sekolah atau memajukan manusia2 sebagai insan yang bermodal. Hoh, sungguh suci murni pak menteri ini-diharapkanlah pak menteri ini dapat mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya akan datang.


Pasal subsidi genuak yang hendak diambil balik oleh kera-jaan tu, ambillah. Kami sebagai manusia2 di Malaysia amat relalah-sebab betapa suci murninya pak menteri ini hendak membantu manusia2 di Malaysia ini. Tak kesahlah kalau selepas harga genuak naik, harga kek akan naik, harga teh tarik naik lagi, harga roti canai pun naik lagi kerana penebar2 roti canai ada juga gunakan genuak dalam roti canai mereka-untuk menyedapkan rasa-oh sesungguhnya kami tak kesah kerana kami amat cintakan pak menteri yang amat prihatin akan masalah manusia2 di Malaysia ini- hiduplah pak menteri itu (sebenarnya kami nak kata, pegi mampuslah kau cepat2 sikit-menyusahkan rakyat saja).


Sekian,

Yang sedih-pencinta genuak!

rasa2nya siapakah yang menulis entri ini?

aku gi pantai merdeka baru2 ni-maklumlah kan. aku ni tengah bercuti dengan gembiranya. untuk korang yang sedang bekerja dengan gigihnya tu-hmmm, tabahkan hati dengan kecemburuan korang yang menggunung terhadap diriku ini ya.


Wednesday, October 21, 2009

Memori indah yang tak mungkin kulupa...

Assalamualaikum....buat semua rakan sekelian. Alhamdulillah..akhirnya kita dapat berkumpul semula setelah hampir 13 tahun terpisah tanpa khabaq berita. Maaf di atas ketidaksempurnaan majlis reunion tu...serba serbi kekurangan..tp yang tak kurangnya nilai persahabatan tu...masih sama walaupun aku sebenarnya nyaris tak akan hadir...almaklum sajalah aku siapa disisi kawan2 yang berjawatan tinggi...malu rasanye (tu le dulu main2 kat sekolah). Nasibnya si diah yg bagi semangat untuk aku teruskan...tq diah. Buat penghulu n tauke, tq kerana banyak beri sumbangan..

Untuk pengetahuan korang...di saat kita berkumpul tu, hatiku sayu terkenang sahabat yang paling rapat denganku...masih ke korang ingat Suzila Din (felda Lubuk Merbau). Dia telah tinggalkan kita untuk selamanya. Dah hampir 5 - 6 thn...alangkah indah jika dia ada..gelaktawanya...senyuman dia...masih utuh di ingatanku...indahkan...Tapi Allah lebih sayangi dia..semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan hambaNya yang beriman...amin..

Dah la...aku dah sebak ni...lain kali aku coret lagi..TQ cikgu alias kerana sudi bagi aku conteng kat blog ni...tq tq tq

Tuesday, October 20, 2009

Author: .....................................................................................................................
•8:21 PM
Salam 1 Malaysia rakan-rakanku,

Dalam diam tak diam, rupanya kita sudah 12 tahun meninggalkan zaman persekolahan. Dulu kita yang kelam kabut bangun awal untuk pergi ke sekolah, tapi sekarang, kita pula yang sibuk sediakan baju sekolah anak-anak. Bila dikenangkan semula, alangkah seronoknya pergi sekolah kan?.

Terima kasih atas usaha rakan-rakan yang aturkan reunion kelas kita baru ini. Sebenarnya aku merupakan salah seorang penyumbang idea untuk adakan program ni. Cuma aku perlukan bantuan Lizawati untuk laksanakan. Bukan apa, aku sudahpun menjadi orang Nilai maka pergerakan aku agak terbatas untuk membantu menguruskannya. Maka setelah ber"YM" agak lama dengan Lizawati setiap hari, maka program ini berjaya diadakan. Tahniah liza dan zul serta Nazri yang merupakan nadi utama penggerak program ini....Syabas sahabatku.

Untuk Cikgu Alias..tima kasih la coz sudi luangkan masa emas cikgu untuk buat blog ni. So, demi tidak mensia-siakan hasil kerja cikgu ini, saya sudi coretkan coretan ini untuk kita semua.

Just nak berkongsi cerita sket...aku sebenarnya ke tingkatan 6 bawah dengan jiwa yang kosong...hati aku memang tiada untuk ambil STPM...sebab itu bila aku dapat tawaran masuk Politeknik Port Dickson, aku terus menerimanya dan tidak melangkah ke tingkatan 6 atas. Sebab itulah aku tidak sempat beramah mesra dengan kalian semua. tapi Alhamdullillah, semasa reunion baru ini, member-member kelas aku masih mengenali aku. Tima kasih jugak le kepada Lizawati coz sudi tolak borang Poli hang kat aku....nasib baik borang itu diterima..

Blog ini telah menjadi penghubung kita semua..jika ada apa-apa berita, sila masukkan yer..mana le tau...nak jemput makan kenduri ke...masuk rumah banglo baru ke....kalau korang ada FB pun bagitau yer...bleh layan gambo latest korang....

OK ler..ini dulu catatan aku utk hampa semua....moga persahabatan kita berkekalan...

From Nilai with love : Diyah

Wednesday, October 14, 2009

Rasa macam baru kelmarin aku tamat sekolah..

Assalamualaikum, buat semua rakan-rakan dari kelas aku dulu. Untuk Alias, thanks sebab kasi aku peluang untuk menulis dalam blog ni.. Untuk Zul dan semua rakan-rakan yang terlibat dalam menjayakan majlis reunion tempoh hari, syabas aku ucapkan. Walaupun majlis kita tu taklah sesempurna mana, yang penting bagi aku majlis tu jugaklah yang telah mempertemukan kita semua kembali. Nanti kalau nak buat lagi aku cadangkan kita buat dekat hotel pulak, baru setaraf..he he.

Bayangkan, tamat je kelas tingkatan 6 dulu tu, aku dan kebanyakan rakan-rakan terus terpisah, entah dimanalah kalian semua di kala itu.. "puas ku mencari, ku tinggalkan pesan ku kirimkan berita agar dapat ku temui.." Seingat aku, lepas tamat ting. 6, hanya Alias dan Lan saja yang aku pernah jumpa, lepas tu paling lama sekali aku masih berhubung pun dengan Alias saja.. member-member lain bayang pun tak pernah nampak. Takpe, aku tahu korang sibuk, aku pun sama laa..

Pernah jugak 2,3 tahun lepas aku terfikir, bila lah member-member aku ni nak buat majlis reunion, teringin aku nak jumpak, tapi kalau dia orang buat pun dia orang nak jemput aku ke? Akhirnya apa yang aku fikirkan tu dah pun menjadi kenyataan, thanks Alias, kalau kau tak ingat dekat aku, harus takdak sapa nak jemput aku hari tu... Yang best hari tu kan, eh eh semua dah kahwin laa..siap bawak anak yang comel-comel lagi tu, hai berkat kelas aku dulu, takdak kut member-member aku yang kena mandi bunga.

Kalau korang nak tau, walaupun kita semua dah lama tamat kelas dulu, aku masih terkenang-kenang kembali saat-saat masa belajar dulu tu.. Seronok ada, best ada, teruja ada, rasa hebat pun ada.. Tapi kan, memang betullah apa yang mat salih kata " you don't know what you got, till it's gone", masa sekolah dulu aku tak hargai sangat masa untuk belajar tu, main je banyak, Alias dan Paklang cukup tau la. Bila dah habis sekolah, 3, 4 tahun takde kerja tetap, masa tu baru la menyesal, "..kenapa la aku tak belajar rajin-rajin masa sekolah dulu, kalau tidak..." tu dia ayat orang menyesal, stereotype je dari dulu sampai sekarang, tapi itu lah hakikatnya yang aku rasa. Yang rajin belajar tu, tengok dah jadi cikgu tau, penghulu pun ada, ada sorang tu kan drive Mitsubishi Airtrek lagi, fuhh respek aku.. he he he

Apa-apa pun aku ucap tahniah dekat semua member-member semua, semua yang aku jumpa hari tu dah ada kerja tetap, dah ada keluarga. ada anak dan aku tengok semua ceria je, isk tak sangka betul yang budak-budak kelas aku dulu tu hebat-hebat belaka sekarang nih.
Aku harap pertemuan kita semua hari tu bukanlah yang terakhir, sebab bagi aku pertemuan hari tu tak lebih sebagai salam perkenalan je..esok-esok bila dah ada masa kita buat majlis yang betul-betul grand, kita jemput semua member-member yang tak datang hari tu, baru lah meriah.. tak gitu Penghulu Zul????

Setakat ini dulu tulisan aku, harapan aku dengan adanya blog ni, perhubungan kita semua akan kembali erat dan kembali terjalin, sama macam waktu sekolah dulu-dulu tu...wassalam.
Yusoff
.

Monday, October 12, 2009

dan reunion pun berlalulah tanpa rela

sudah ada beberapa orang yang tahu dan ambil tahu tentang blog ini-tq-tetapi tak tq sangatlah sebab dua tiga orang tu datang sini tak tinggalkan jejak langsung. haih. sempena dengan bulan syawal yang mula menuju ke penghujungnya-sukalah aku dengan keyponya nak meriwayatkan sikitlah pasal reunion tu.

mula2 aku excited juga tapi kemudian aku kecilkan sikit hatiku ini kerana aku diberitahu bahawa dua tahun lepas reunion dah pun dibuat di rumah syiqin-dan aku tidak dijemput! alasannya, tak tau macam mana nak contact-banyak songeh punya budak-zul, ko kan tau rumah aku kat mana kan? alang2 menyeluk pekasam tu, biarkan sampai ke pangkal lengan-apa salahnya ko tambahkan kegigihan ko yang melampau2 tu ke rumah aku dan dapatkan maklumat daripada parent aku-haih-alasan tak boleh diterima. jadi, encik zul-markah kegigihan ko dipotong.

tapi aku tak kisah sangatpun sebab dengar khabarnya reunion kali pertama tu taklah meriah benar-so, tak ralat sangatlah. hmm, kali ni punya reunion agak mencapai objektifnya tapi banyak perkara yang perlu diperbaiki-sebab majlis tu macam tunggang-langgang sikit. tapi yang pentingnya ialah pertemuan semula dengan kawan2 lama kan. tapi reunion akan datang, kalau aku masih hidup lagi kat dunia ni, aku akan sumbangkan apa juga kepakaran yang aku ada untuk memeriahkan lagi reunion-mungkin kita buleh jemput cekgu as a vip kot-baru best kan-banyaklah yang boleh dibuat untuk jadikan reunion lebih meriah.

hari reunion baru2 ni sekali lagi aku terpaksa jadi photogeraper-n sorry pasal gambar korang yang tak cantik tu sebab aku tak plan langsung nak ambil gambar-tapi kesian sebab tak ada photogeraper, jadi aku terpaksalah melantik diriku as a photogeraper-sayang tau-kelam-kabut-sepatutnya ambil gambar geng perempuan-then-geng lelaki-then geng anak2 perempuan-then-geng anak2 lelaki (tambahan pula secara kebetulan ramai anak2 lelaki ni pakai baju belang2 tau termasuk husband kas)-tapi sebab hari tu kelam-kabut sangat-n encik zul telah memulakan majlis begitu lambat sekali-hakikatnya, reunion akan datang aku tanak buat kerja tu lagi-aku nak kerja yang lagi mencabar-nyeh! cadangan akulah,
abang lan-photogeraper
abang yusoff-PA system (ini kepakaran beliau, menurut beliau)
abang zul paklang-tukang baca doa-tapi nak panjang2 n mendayu2 skit
abang nazri-bahagian makanan (pastikan sedap)
abang mus-bahagian penyambut tetamu
abang pesol-bahagian mengkelam-kabutkan suasana yang sedia kelam-kabut
abang zul kulim-bahagian disiplin kanak-kanak
abang alias-pemantau bebas (nyehnyehnyeh!)
kak lizawati-bahagian hadiah
kak syiqin-bahagian meja dan kerusi
kak rodiah-bahagian penilaian-siapa yang berubah2 n yang tak berubah2
kak liza RG-bahagian hiasan cukuplah-itu dah mencabar bagi dia, aku rasa
kak yatie ghani-emcee-tapi aku tak yakin sangatlah kebolehan dia yang ini, mungkin dia bahagian cucian pinggan mangkuk kot
banyak lagi kak tapi aku tak buleh nak ingat suma2-spesis ni berkoyan2 banyaknya. biarlah.

tulah yang mampu aku fikirkan buat masa ni-tapi benda tu buleh berubah2lah sebab tempoh jauh lagi ke depan-kalau sesiapa yang nak beranak pun sempat lagi dua orang-aku rasalah.

oh aku tanak cakap lagilah-n yatie ghani-tolong updatekan blog ko yang kosong-mosong tu-aku saja letak nak galakkan ko. n sesiapa lagi yg ada blog sila tinggalkan link di ruang shoutmix.

note: klik gambar untuk dapatkan saiz paling besar ye sebelum copy.

byes.
alias derais

Sunday, October 11, 2009

aku dan komitmen!

akhirnya-atas sedikit komitmen-aku berjaya menyiapkan blog ini-atas dasar kasih dan sayang aku terhadap kelas yang kini hanya tinggal memori-seingatku-kehadiran aku dalam kelas itu bukanlah penting sangatpun-aku hanya pengacau-aku tak pernah dilantik menjadi ketua kelas-atau seteruknya penolong ketua kelas-atau lebih teruk-ketua kebersihan-tak satupun-dan aku tak pedulipun.

kini-dengan sedikit kemahiran dan ditokoktambah dengan keikhlasan hati yang membuak-buak-aku memainkan sedikit perananlah untuk kelas yang tersayang ni-tersayang? agaklah. akhirnya-terhasillah blog ini yang 100peratusnya datang dari apa yang terlintas dari fikiran aku semata2 tanpa dirujuk kepada sesiapa dari kelas ini. adakah blog ini mampu memuaskan hati budak2 kelasku yang lain? entah dan aku tak peduli-yang aku peduli ialah janjiku kepada lizawati dan encik zul telah ditunaikan-iaitu janji untuk menubuhkan satu portal yang boleh digunakan untuk menyatukan kembali ahli keluarga kelas ini.

pun begitu-yang aku rasakan ialah blog ini dari sudut lahiriahnya kelihatan seperti personal blog yang lain-dan bukanlah blog kelas-tak kesahlah-asalkan objektif penyediaannya tercapai-itu sudah kira suci murni. adakah ketidakkesahan aku ini menjadi ketidakkesahan rakan2 sekelas yang lain?-itu pun aku tak peduli juga.

harapan aku-dengan adanya blog ini;
1)pelajar2 kelas kami yang kini membawa haluan hidup masing2 akan kembali bersatu.
2)kami dapat berkumpul pada masa2 tertentu atas tujuan jalinan ukhuwah-juga atas jalinan persahabatan yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
3)kami dapat memanfaatkan pula segala apa yang kami pelajari dan kuasai untuk anak-anak kami-atau generasi masa kini-atau atas apa-apa sahaja tujuan yang suci murni.
4)banyak lagilah objektifnya-malas nak tulis lagi.

kesimpulannya-aku berharap blog ini berjaya dari segi hidupnya-dan blog ini tidak pula usang kerana tidak ada tetamu-oh, banyaklah harapan aku-malas nak sebut banyak2 bimbang harapan tinggal harapan.
ini gambar encik zul n syiqin yang berebut untuk mendapatkan hadiah. akhirnya, dengan kuasa kewanitaan yang ada pada syiqin menyebabkan encik zul mengalah. bagus tau encik zul ni. oh cukuplah sampai di sini. byes!

contengan by;
alias derais