Monday, December 7, 2009

Harga genuak akan naik lagi-oh terima kasih pak menteri!

Ah pak menteri nak buat hal pula. beliau mengatakan kera-jaan tidak akan berterusan memberi subsidi kepada genuak. Pak menteri inipun memberikan hujahnya-tabiat manusia2 di Malaysia yang suka makan banyak genuak ketika sarapan, makan tengah hari dan malam, serta buah genuak ini turut digunakan dalam semua jenis makanan seperti kek genuak, teh tarik genuak, gulai genuak dan macam-macam jenis masakan lagi menyebabkan manusia2 di Malaysia jatuh sakit. Genuak yang terbukti amat manis ini menyebabkan manusia2 di Malaysia jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital-itu menyusahkan manusia2 itu sendiri-juga, pak menteri memberitahu bahawa kera-jaan kena pula menyediakan ramai doctor kerana ramai pesakit yang sakit sebab makan genuak itu. Yang paling menyedihkan lagi ialah kera-jaan kena keluarkan banyak wang untuk menanggung subsidi itu-alangkah baiknya kalau wang2 itu digunakan untuk kepentingan rakyat itu sendiri seperti untuk membuka lebih banyak sekolah atau memajukan manusia2 sebagai insan yang bermodal. Hoh, sungguh suci murni pak menteri ini-diharapkanlah pak menteri ini dapat mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya akan datang.


Pasal subsidi genuak yang hendak diambil balik oleh kera-jaan tu, ambillah. Kami sebagai manusia2 di Malaysia amat relalah-sebab betapa suci murninya pak menteri ini hendak membantu manusia2 di Malaysia ini. Tak kesahlah kalau selepas harga genuak naik, harga kek akan naik, harga teh tarik naik lagi, harga roti canai pun naik lagi kerana penebar2 roti canai ada juga gunakan genuak dalam roti canai mereka-untuk menyedapkan rasa-oh sesungguhnya kami tak kesah kerana kami amat cintakan pak menteri yang amat prihatin akan masalah manusia2 di Malaysia ini- hiduplah pak menteri itu (sebenarnya kami nak kata, pegi mampuslah kau cepat2 sikit-menyusahkan rakyat saja).


Sekian,

Yang sedih-pencinta genuak!

rasa2nya siapakah yang menulis entri ini?

aku gi pantai merdeka baru2 ni-maklumlah kan. aku ni tengah bercuti dengan gembiranya. untuk korang yang sedang bekerja dengan gigihnya tu-hmmm, tabahkan hati dengan kecemburuan korang yang menggunung terhadap diriku ini ya.