Tuesday, October 26, 2010

CUTI SEKOLAH BAKAL BERMULA

Salam rakan-rakan.

Agak menyepi blog ini sejak ramadhan yang lalu. Pada anggapan saya, mungkin rakan-rakan kita semua amat sibuk dengan tugasan hakiki. Memang diakui, saya sendiri juga amat sibuk dengan tugasan di pejabat apatah lagi di rumah. Bukan tidak mahu mencoretkan apa-apa dalam blog kesayangan ini. Tetapi perlu mencari bahan yang sesuai dan baik untuk dikongsikan bersama.

Minggu ini, sudah beberapa sekolah yang telah mengadakan peperiksaan akhir tahun. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, cuti sekolah bakal menjelma. Anak-anak kita nampaknya semakin tidak sabar untuk menantikan detik itu. Rasanya dalam fikiran masing-masing, kemanakah mereka akan dibawa berjalan-jalan untuk makan angin pada kali ini. Bagi mereka yang mempunyai kampung halaman, sudah tentulah kampung halaman tempat dituju. Lagi bahagialah sekiranya ibu bapa mereka merupakan pendidik. Masa inilah satu keluarga akan berada di kampung dalam tempoh masa yang agak lama. Ohh! seronoknya (meminjam bait lagu raya nyanyian Azlina Aziz). Bagaimana pula dengan anak-anak yang ibu bapa bekerja waktu pejabat? Oh, masa inilah terkeluarnya idea-idea kreatif anak-anak dalam usaha memujuk ibu bapa masing-masing untuk membawa mereka ke satu destinasi menarik untuk mengisi masa cuti ini.

Apa sahaja cara yang mereka utarakan. Kita sebagai ibu bapa cubalah penuhi kehendak mereka. Mungkin cara itu akan memberi mereka untuk melepaskan penat lelah seharian ke sekolah. Cara membawa mereka berjalan adalah satu terapi yang baik untuk mereka mencari semangat baru untuk lebih rajin ke sekolah pada tahun hadapan.

Sebut mengenai sekolah, tiba-tiba teringat saya pada sekolah kita. Baru-baru ini, saya pulang ke kampung dan didapati agak banyak berubah pada sekolah itu. Banyak bangunan yang telah dibina. Tahniah kepada semua pentadbir dan para guru sekolah kesayangan kita itu. Semoga dengan kepesatan yang telah dibuat dapat melahirkan ramai lagi pelajar-pelajar cemerlang untuk sama-sama menabur bakti di negara kita yang amat dicintai.

Baiklah, sehingga bertemu lagi dilain catatan. Salam 1Malaysia. Salam Perpaduan.

Diyah : 27/10/2010.

Sunday, September 5, 2010

SALAM SYAWAL 1431

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas,
Diyah dan keluarga (Salimi/MalikDinar/MalikMuaz)

Sunday, August 29, 2010

aku, suatu ketika dahulu, ketika menyambut Ramadan part 2

Part II (16 Ramadhan hingga 1 Syawal)

Setelah 15 hari berpuasa, maka menjelmalah penggal kedua bulan puasa, iaitu 15 hari yang berikutnya untuk dilalui. Namun, semasa aku masih dipanggil kanak-kanak dahulu, penggal kedua inilah yang paling menyeronokkan. Di kampungku, pada saat ini, seperti diserang kesibukan dalam kalangan penduduknya.

Emak dan kakak mula berbincang tentang aneka kuih-muih yang ingin mereka buat dan sajikan untuk tontonan para tamu. Aku dan kawan-kawan aku pula mula memikirkan tentang rumah mana harus ditandangi terlebih dahulu. Rumah yang tahun lepas tidak memberikan duit raya yang sepatutnya akan diletakkan di bahagian paling bawah sekali.

Namun, keluarga kami mempunyai tradisi yang berlainan sikitlah. Kami, anak-anak mesti bertandang ke rumah semua bapa saudara kami yang jumlahlah beberapa buah rumah itu. Ada yang terletak bersebelahan rumah kami dan ada yang agak jauh sedikit. Apapun, rumah-rumah ini mesti ditandangi. Jika tidak, bersedialah untuk dimarahi oleh emak dan ayah, mahupun emak dan bapa saudara.

Bukan kami sahaja begitu, anak-anak saudara emak dan ayahku juga tidak boleh jika tidak bertandang ke rumahku. Bertandang ke rumah bapa dan emak saudara ialah suatu kemestian. Maka sebab itulah setiap kali menyambut perayaan, rumah kami dan rumah emak dan bapa saudara kami akan menjadi sesangat sibuk menerima kunjungan saudara mara. Tradisi itu berterusan melangkaui zaman kanak-kanakku sendiri.

Seingatku, isu bertandang ke rumah penduduk kampung ini kadang-kadang menjadi amat lama dibincangkan. Biasanya, semasa berbincang itulah juga kami berbincang sekali kelucuan dan tragedi yang berlaku ketika kami bertandang pada tahun sebelumnya. Misalnya, aku akan sentiasa mengingati peristiwa aku dan kawan-kawanku bertandang ke rumah pak long wang (sebenarnya, beliau bernama pak long awang tetapi kami sepakat memanggilnya pak long wang).

Ada seorang kawanku ini yang sedikit tamak berpura-pura belum mendapat duit raya walaupun baru sahaja diberi duit raya oleh pak long wang. Akhirnya, dengan ikhlasnya pak long wang memarahinya. Terkulat-kulatlah kawanku itu. Kami pula tidaklah begitu simpati terhadapnya sebaliknya mengetawakannya pula kerana ketamakannya itu. Lagipun, pak long wang pada masa itu bukanlah tua sangat. Ingatannya masih tajam.

Selepas itu, dalam penggal kedua bulan puasa ini, kami turut berbincang tentang baju raya. Aku tidaklah gemar benar berbincang soal ini. Bapaku bukanlah kaya sangat pada masa itu. Apa sahaja baju raya yang aku minat pada masa itu pasti tidak akan aku dapat. Sedihlah juga tetapi kesedihan itu tidaklah pula kekal kerana bukan itulah satu-satunya perkara yang boleh menggembirakan kanak-kanak seperti aku pada masa itu.

Seingatku, selain aku sibuk dengan meriam koq, aku tidak juga melupakan bagaimana gigihnya aku membantu abangku membuat pelita panjang daripada buluh. Kemudian, kami membuat pancangan tempat meletak pelita buluh tersebut. Biasanya, pelita buluh itu kami pasangkan di kiri dan kanan jalan betul-betul di pintu masuk ke laman rumahku.

Hendak membuat pelita buluh ini bukannya susah benar. Abang aku biasanya memilih batang buluh yang agak kecil saiz dan ruasnya. Abang akan menebuk lubang pada setiap ruas dan kemudiannya abang akan memotong bahagian zink yang tidak digunakan lagi untuk membuat corong sumbu pelitanya. Bahagian sumbunya pula tugas akulah. Aku akan pergi ke bangsal ayam di belakang rumahku untuk mencari guni padi yang lama. Biasanya, adalah guni di situ.

Ayah biasanya menyimpannya di situ. Aku akan mengambil sedikit guni padi itu dan memintalnya sehingga menjadi sumbu pelita. Kemudian, seperti biasa abang akan mengarahkan aku mendapatkan tanah liat pula. Tujuannya ialah untuk ditekapkan di keliling corong sumbu pelita. Itu semua kerja akulah kerana kerja abangku ialah memberikan arahan demi arahan kepadaku. Tetapi, aku tak marahlah kerana aku seronok menolong abang membuat pelita untuk rumah kami. Lagipun, tak baiklah kalau kita melawan cakap abang kita.

Pelita-pelita lain pun turut kami pasang. Biasanya, kami pasang sehingga di tepi jalan rumah pak ndak dan anak pak ndak pula menyambungnya sehingga di tepi jalan rumah pak cik dan anak pak cik menyambungnya sehingga ke jalan besar. Alangkah cantik suasana pada waktu malam kerana laman rumah kami dan rumah jiran kami dihiasi sinaran pelita meliuk-lintuk. Kami pun bukan main sibuk lagi pada masa itu untuk pergi meronda keliling kampung untuk melihat bagaimana rumah-rumah lain turut memasang pelita.

Pada masa itu, lampu lip lap belum famous lagi di kampung kami. Penduduk kampung semuanya memasang pelita yang menggunakan minyak tanah. Kadang-kadang, hujan turun pada waktu malam menyebabkan kami tidak dapat memasang pelita pada malam tersebut. Ah, alangkah bosannya. Akan tetapi, bulan puasa hujan biasanya jarang turun kerana cuaca pada bulan puasa biasanya amat terik.

Selepas 20 hari berpuasa, keadaan sibuk bertambah-tambah. Siaran radio bukan main lagi galaknya mengumandangkan lagu-lagu raya di corong radio. Seingat aku, lagu raya yang paling famous pada masa itu ialah nyanyian Saloma.

Selamat hari raya / hari untuk kita bersuka ria / setahun hanya sekali/ hari raya disambut dengan gembira
Di masa bulan Ramadhan / kita berpuasa hingga sebulan / pabila Syawal menjelma / hari raya disambut dengan gembira

Begitulah lagu itu, rasa aku. Aku tak hafal sangat lagu-lagu raya ni. Tapi, setiap kali nak menyambut hari raya, lagu-lagu inilah yang diulang-ulang diputarkan oleh dj radio. Lagipun, lagu-lagu ini sudah evergreen. Selain lagu ni, lagu Ahmad Jais, Uji Rasyid dan Hail Amir, P. Ramlee, Sanisah Huri, Rafeah Buang, Aman Shah, Sudirman, dan DJ Dave pun famous jugak. Aku bukan main suka lagi mendengar lagu-lagu raya ni. Lagu-lagu inilah yang menyerikan suasana sambutan hari raya zaman kanak-kanakku hingga sekarang.

Pada masa itu, di kampungku telah kelihatan beberapa muka yang sekian lama tidak kupandang. Penduduk kampungku yang merantau telah kembali untuk menyambut sambutan hari raya. Aku tak pedulilah soal itu kerana abang dan kakakku pada waktu itu masih lagi tinggal bersama kami. Pendek kata, setiap hari, siang dan malam keluarga kami adalah sama ahlinya, tidak pernah kurang.

Emak pula pada masa itu tidaklah marah-marah jika abang menguatkan peti radio yang sedang galak mengumandangkan lagu raya. Mungkin emak sendiri menikmati suasana yang sibuk itu dengan perasaan yang amat gembira juga. Maklumlah, anak-anak saudaranya yang berada di perantauan ramai yang telah pulang ke kampung. Begitulah emak dan begitulah juga ayah. Ayah aku anak bongsu dalam keluarganya. Jadi, sebelah bapaku memanggilnya pak su sementara emak aku pula anak sulung dalam keluarganya. Jadi, anak saudara sebelah emakku memanggilnya mak long pula.

Aku rasalah, di samping lagu raya yang memeriahkan suasana bulan puasa pada hari-hari terakhir kami berpuasa pada masa itu, ada lagi perkara lain yang turut memeriahkan suasana iaitu kesibukan emak membuat kuih raya. Kadang-kadang, disebabkan tidak cukup pembantu, aku pun terjebak sekali dalam usaha membuat kuih raya. Masa itu belum ada kuih Almond London atau kuih yang colourful seperti sekarang ini.

Kadang-kadang, dalam kesibukan itu aku terlepas juga menonton rancangan ‘Rumah Kedai’ kegemaran aku. Tapi aku tak kisahlah sebab menolong emak membuat kuih raya pun seronok juga. Emak pun bukannya membuat kuih raya setiap bulan. Bulan puasa sahajalah emak membuat kuih. Cuma yang kurang menyeronokkan satu sajalah, iaitu emak tidak sempat pula hendak masakkan dua tiga jenis cucur untuk berbuka puasa nanti. Biasanya, pada hari ini jugalah emak dan kakak akan membuka daun mempalas untuk membuat ketupat.

Pada hari inilah aku biasanya tidak lagi menyertai kawan-kawan aku kerana aku suka melihat emak dan kakak membalut ketupat menggunakan daun mempalas. Ada juga sekali dua aku cuba membalut ketupat. Jadi tu jadilah, tapi tak cantik. Di kampungku, jarang benar orang membuat ketupat empat segi yang diperbuat daripada daun kelapa. Semua ketupat yang dibuat menggunakan daun mempalas dan bentuknya ialah tiga segi. Ada jugalah orang kampung yang membuat lemang seperti rumah pak long aku. Tetapi, aku bukannya gemar benar makan lemang yang pak long buat kerana pulutnya lembik dan melekit-lekit pula.

Akhirnya, tibalah hari terakhir berpuasa. Hari ini sibuk betul. Mula-mula sekali, aku dan abang akan pergi ke pasar untuk membeli daging lembu untuk dibuat rendang atau kari untuk dimakan bersama ketupat dengan lahapnya. Emak sudah berpesan awal-awal lagi bahawa tengoklah kaki lembu yang digantung untuk tahu daging mana yang patut dibeli. Emak menyuruh kami membeli daging lembu yang datangnya daripada kaki yang sederhana kecil menandakan lembu muda. Jadi, dagingnya nanti tidaklah keras atau liat benar.

“Kalau tak ada kaki?” soal abang, bergurau pula.
“Eh, mesti ada,” kata emak. “Kalau tak ada juga, jangan beli daging yang merah benar warnanya kerana itu mungkin daging kerbau. Lagi liat dan keras,” kata emak lagi.

Pada sebelah tengah hari pula, biasanya emak akan mula menyediakan bahan-bahan untuk membuat dodol. Aku pun tak faham mengapa emak suka membuat dodol pada hari terakhir berpuasa sedangkan dodol boleh dikacau lebih awal dan tahan lama. Tapi, apa yang baiknya ialah hari terakhir ini dipenuhi dengan aktiviti sehingga aku terlupa bahawa aku berpuasa pada hari itu dan aku sepatutnya letih tetapi entah mengapa perasaan letih itu hilang begitu sahaja kerana mungkin keterujaan untuk menyambut hari raya yang menguasai diriku.

Pada hari ini juga, dalam pada kami (aku, abang dan ayah serta kadang-kadang emak dan kakak) sibuk mengacau dodol, emak dan kakak pula akan mula mengisi pulut di dalam ketupat. Usaha membalut ketupat juga dibantu oleh nenek emak yang turut tinggal bersama kami. Pada masa ini, kadang-kadang nenek emak kami itu akan bercerita tentang pengalamannya menyambut hari raya pada zaman penjajahan lagi. Pada zaman kampung kami ini masih diserkup hutan lagi.

Segala-galanya disiapkan pada hari ini seolah-olah sudah tahu bahawa esok ialah hari raya. Menjelang petang, biasanya semua keperluan telah disiapkan, termasuk dodol yang telah dikacau selama berjam-jam lamanya sehingga aku rasa bagai nak putus urat keting aku berdiri sambil mengacau dodol.

Menjelang waktu berbuka puasa, kami pun makanlah seperti biasa. Dimulakan dengan kurma kalau stok masih ada. Kalau tidak, dilanggah air dahulu selepas ayah atau abang atau aku membaca doa berbuka puasa. Kemudian, kami akan turun ke bawah dan memasang pelita minyak tanah sebelum naik semula ke atas rumah untuk menunggu pengumuman tarikh hari raya.

Pada aku, itulah saat yang dinanti-nantikan. Tidak ada seorangpun yang dibenarkan bercakap ketika pengumuman itu dibuat. Masing-masing diam. Masing-masing fokus. Dan kemudiannya, kami, kanak-kanak yang akan menjerit dengan gembiranya apabila tarikh hari raya yang diumumkan menunjukkan esoklah harinya.

Selepas itulah kami turun ke bawah untuk bermain bunga api dan mercun. Ayah pula akan ke masjid. Selain itu, aku akan mencucuh meriam lagi sambil televisyen di ruang tamu mula mengumandangkan takbir hari raya. Kakak akan menemani kami bermain mercun dan bunga api sekejaplah sebelum dia naik semula ke atas rumah dan mengemaskan rumah sebaiknya.

Malam itu kami tidur lewatlah. Kami berseronok benar. Emak dan ayah pun tak melarang kami berbising-bisingan di laman rumah bermain bunga api atau mercun. Dan kami bergembira berterus-terusan pada malam itu. Kadang-kadang, pada malam itu sudah ada tetamu yang datang ke rumah kami untuk memberi beras fitrah kepada nenek emak kami. Bagi kami sekeluarga pula, beras fitrah diselesaikan awal-awal lagi kerana ayah memang tidak suka membayar beras fitrah lewat-lewat begitu.

Esoknya, kami tidak lagi bangkit soq. Namun, seingat aku, kami tetap bangun awal pada pagi itu. Sebenarnya, sejak malam tadi lagi tidur aku tidaklah senyenyak malam-malam sebelumnya. Selepas mandi dan mengenakan baju raya, kami bersalam-salamanlah dengan ahli keluarga kami pada waktu itu. Kemudian, kami mula mengatur langkah. Langkah yang akan menjadi sangat panjang berbanding hari-hari biasa kerana hari ini hari raya.



Nota:
Begitulah jadinya ketika aku masih lagi kanak-kanak. Dalam pengkisahan aku, kadang-kadang aku menggunakan perkataan aku dan kadang-kadang aku menggunakan perkataan kami. Perkataan aku merujuk kepada akulah dan perkataan kami pula merujuk kepada aku dan kawan-kawanku atau aku dan abang aku.

Part III (sekarang)

Segala-galanya telah lama berubah. Sejak usia aku menginjak dewasa. Sejak aku telah pun memiliki keluarga aku sendiri. Pastinya suasana yang aku gambarkan dua bahagian terdahulu tidak lagi sama dan tidak akan menjadi sama buat selama-lamanya. Aku tidak lagi pergi bertarawih kerana moreh, tetapi kerana aku sedar betapa berharganya 30 hari dalam bulan Ramadhan itu. Betapa istimewanya bulan itu. Betapa ALLAH telah mengurniakan berbagai-bagai ganjaran dalam bulan Ramadhan ini.

Aku tidak lagi bermain meriam dan mercun, pastinya. Malah, kanak-kanak di kampungku tidak pandai membuat meriam lagi. Mereka tidak meletakkan bara sabut di reranting basikal seperti kami dulu-dulu. Mereka juga tidak sibuk lagi memasang pelita minyak tanah, apatah lagi mencari tanah liat dan mendapatkan buluh untuk di buat pelita buluh. Semuanya telah digantikan dengan lampu lip lap yang sentiasa berkelip-kelip setiap kali dihidupkan. Malah, kelip-kelip lampu itu juga berbagai-bagai coraknya.

Juadah berbuka puasa juga kurang ditukar-tukarkan dengan jiran kerana malulah hendak memberikan kepada jiran juadah yang sebenarnya dibeli di bazaar Ramadhan. Semuanya telah berubah. Kanak-kanak juga mungkin tidak lagi sibuk berbincang tentang baju raya atau juga berbincang tentang rumah yang ingin ditandangi oleh mereka.

Masakan mereka dapat bertandang ke rumah penduduk-penduduk kampung sedang televisyen pula menggoda hati mereka dengan berbagai-bagai rancangan menarik sepanjang sambutan hari raya. Sudahnya, mereka berbaju raya tetapi berlingkar di ruang tamu rumah menonton televisyen.

Sebab itulah apabila aku membaca tulisan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad, iaitu penulis kegemaranku, yang bertajuk ‘Detik-detik Diri di Daerah Daif’ yang menceritakan tentang betapa sedihnya beliau terhadap kegemulahan kampung kelahirannya, di Sik, Kedah, aku teringatkan kampung aku sendiri. Ciri-ciri kegemulahan di kampungku juga mula terserlah. Aku kira tidak lama lagi, kampung aku juga akan senasib dengan kampung Shahnon Ahmad. Dan aku, penduduk kampung yang dahulu membesar di dalamnya akan turut berasa sedih meratapi kegemulahannya.

byes.
alias derais

Tuesday, August 17, 2010

Aku di kala usia muda

Ramadan Kareem.

Hari ini telah masuk hari ke-7 kita umat Islam berpuasa. Bagi saya tidak terasa letihnya puasa itu berbanding dengan anak saya yang baru berusia 8 tahun. Melihat keadaan anak sendiri berpuasa itu, teringat juga saya pada zaman-zaman kanak-kanak saya dahulu. Sememangnya saya tidak dapat mengimbau kesemua memori itu, tetapi ada beberapa perkara sahaja yang amat dikenang. Satu sahaja yang boleh dikongsikan bersama di sini adalah "ketidaksahan" puasa saya. Memang pada zahirnya saya dikatakan berpuasa tetapi sebenarnya tidak. Mengapa ia begitu? Ini kerana pada ketika saya mengambil wuduk ketika hendak bersolat, bukan sahaja mengerjakan wuduk itu. Malah air itu terus dimasukkan dalam mulut. Maka hilanglah dahaga saya itu. Dengan segar bugarnya saya meneruskan puasa saya itu. Bila ditanya oleh mak dan pak saya, jawapan yang keluar " cheq posa la". Dulu, saya bersekolah rendah di Endau. Pada sebelah petangnya saya akan ke sekolah agama. Masa itulah saya ambil peluang minum sambil berwuduk. Dengan hanya beberapa tegukan air sahaja ianya telah memberi nikmat kekenyangan sementara sebelum tibanya waktu berbuka.

Ini adalah kisah hidup saya yang memang tidak dapat dilupakan hingga kini. Pengalaman saya tidak sama dengan Cikgu Alias memandangkan berbeza gender antara kami. Kenakalan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak sama. Saya tidak minat pada mercun dan bunga api. Hanya menjadi penonton dari jarak jauh kerana takut terkena, nanti tidak boleh pergi beraya. Kanak-kanak perempuan seperti saya selalunya akan tidur, menonton tv atau membantu emak di dapur. Sebetulnya saya lebih banyak tidur daripada membantu emak. Aduh!!! betapa malasnya anak emak ini ketika itu. Tetapi tidak lagi kini.

Pengalaman raya pula saya ceritakan zaman remaja. Ketika itu saya sudah kembali ke negeri asal tercinta, Kedah. Di akhir Ramadan mesti saya akan membuat satu jenis kuih raya. etiap malam. Antara yang akan dibuat tentulah kuih siput, kuih makmur dan kuih samprit. Kira dikategorikan pandai jugalah saya ketika itu, memandangkan kuih-kuih itu menjadi semuanya. Malam raya pula, saya akan membuat sebiji kek. Membuat kek amat mudah, kerana saya hanya membeli ramuan yang telah siap. Hanya perlu bancuh dan bakar sahaja. Walaupun ianya senang tetapi jika tidak betul caranya, kek tetap tidak akan menjadi. Tiap kali raya mesti ada bekas ditinggalkan pada jari jemari atau tanganku ini, akibat terkena ketuhar panas.

Tetapi kini, semuanya berubah. Entah kenapa sekarang ini saya sudah malas untuk membuat kek. Jika hendak makan, hanya perlu ke kedai. Pilihlah mana yang disukai. Ambil, bayar dan makan sahaja. Semuanya sudah berubah sekarang. Bagi saya, pengalaman puasa dahulu dan sekarang memang berbeza. Apa-apapun, puasa tetap sama walau penghayatannya tidak berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Ada yang berpuasa kerana orang lain berpuasa, ada pula yang dipaksa berpuasa dan sebaiknya berpuasalah kerana Allah. Isikanlah ibadah puasa rakan-rakan dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Ibadah lain boleh dilihat oleh orang lain tetapi puasa hanya diantara kita dan Allah sahaja yang mengetahuinya. Amin.

Selamat berpuasa.

Diyah

Thursday, August 12, 2010

aku, suatu ketika dahulu, ketika menyambut Ramadan

Part I (1 Ramadhan hingga 15 Ramadhan)

Zaman aku membesar dan melalui liku-liku kehidupan sebagai anak kampung banyak benarlah yang hendak diingatkan jika dimenung-menungkan. Namun, aku, melalui entri ini ingin mengungkap kembali zaman kanak-kanak aku, terutamanya ketika menyambut bulan Ramadhanlah. Dulu, zaman kanak-kanak, aku menyambut bulan Ramadhan dengan perasaan yang amat seronok tetapi menghadapinya dengan penuh keperitan pula. Keseronokannya ialah kerana selepas berhempas-pulas berpuasa dan walaupun tidak diberi upah oleh ibu bapa (tidak seperti mana sesetengah anak-anak zaman ini yang dijanjikan upah atau hadiah itu ini jika menamatkan 30 hari berpuasa) kami dapat pula menyambut hari raya. Keperitannya ialah melakukan ibadah puasa itu sendiri.

Seingatku juga, entah berapa kali aku melihat jam untuk mengira jumlah waktu yang masih berbaki dalam satu hari berpuasa itu. Ahh, waktu lambat benar bergerak. Ada sekali itu juga, aku terlupa bahawa aku berpuasa, lalu aku dengan selambanya meneguk air. Namun, aku terpaksa meluahkan semula air kerana teringatkan bahawa aku sedang berpuasa. Motivasinya cuma satu. Kalau kita berpuasa, Tuhan akan memberi banyak pahala. Emak juga pernah berkata kepada adik-adik aku yang masih kecil lagi dengan kata-kata, “siapa yang tak puasa, dia tak boleh raya.” Aku terkesan juga dengan kata-kata emak itu. Alangkah tak seronoknya jika tak boleh sambut raya. Itulah ayat-ayat yang biasa emak katakan kepada aku dan mungkin adik-adik aku yang lain. Kadang-kadang emak berkata, “alah, tinggal lagi 25 hari hendak puasa. Tak lama lagi, rayalah.” Cabarannya pula ialah aku tidak mahu kalah berpuasa dengan kawan-kawan aku yang sebenarnya ialah sepupu-sepupu aku.

Satu lagi cabaran bulan puasa ialah untuk bangun bersahur atau orang kampungku menyebutnya ‘bangkit soq’. Seingatku, aku punyalah liat bangkit soq sebab di kampung kalau waktu malam, cuaca sangat sejuk pada waktu itu. Iyalah, keliling rumah dipenuhi pokok-pokok menghijau. Ada sekali itu, aku dikejutkan supaya bangkit soq tapi aku terus turun ke bilik air dan mandi. Aku ingatkan, emak mengejutku supaya pergi ke sekolah. Rupa-rupanya, bangkit soq. Punyalah malu dan punyalah rugi kerana mandi di tengah malam. Begitulah aku berfikir pada masa itu.Biasanya, selepas beberapa hari berpuasa, barulah kami memulakan aktiviti khas menyambut bulan Ramadhan. Seingatku, aku paling seronok bulan ini kerana membayangkan keseronokan berhari raya.

Namun, lebih jauh daripada itu juga, aku seronok menyambutnya kerana pengisian bulan inilah. Seingatku, dalam bulan inilah sahaja kami membuat aktiviti yang tak pernah kami buat dalam bulan-bulan lain. Salah satunya ialah bermain meriam tanah, meriam tin, meriam katak atau bermain meriam koq!Umum mengatakan bahawa meriam buluh amatlah berbahaya. Aku tak bermainlah meriam buluh. Setahuku, meriam buluhpun bukanlah famous sangat di kampungku. Ramai yang bermain meriam tin susu atau meriam tanah. Tetapi, aku gemar bermain meriam koq. Meriam jenis ini paling senang hendak dibuat dan tidaklah bahaya. Aku tak minat bermain meriam buluh kerana orang cakap bahaya dan aku sendiri pun bukan jenis yang begitu gigih menyusahkan diri mendapatkan buluh dan menjadikannya meriam pula.Apa yang menyeronokkan sangat bermain meriam ini? Hmm, aku rasalah, yang paling aku suka ialah apabila melihat sumbatan daun pisang pada muncung meriam yang terpelanting jauh ke depan setiap kali meriam itu meletup.

Selebihnya, bunyi meriam itu sendirilah yang membuatkan aku seronok bermain meriam. Bila kami bermain meriam? Oh, ada beberapa sesilah. Mula-mula sekali, sebelah petang iaitu sekitar selepas solat Asar. Selalunya kami bermain meriam selepas menonton rancangan ‘Rumah Kedai’ di TV3. (aku harap tahun ini TV3 menayangkannya semula). Sebenarnya, taklah lama sangat kami bermain meriam. Lebih kurang setengah jam sahaja. Selepas itu, kami lepak-lepaklah di rumah sebab kadang-kadang atau selalunya masa itulah nanti kami menjadi pekerja kurier yang menghantar juadah yang emak aku buat ke rumah jiran-jiran kami yang lain. Jiran-jiran kami pun bukannya orang lain. Mereka semua terdiri daripada pak ndak, pak long, pak cik, dan rumah nenek dan tuk wan juga terletak bersebelahan dengan rumah kami. Sesi kedua bermain meriam ialah selepas solat maghrib iaitu selepas berbuka puasa.

Kadang-kadang kami saling melawan tembakan meriam dengan anak-anak jiran kami yang juga merupakan sepupu kami. Tapi taklah lama sangat kami bermain meriam kerana selepas itu kami pakat-pakat pergi ke masjid pula sebab ada disediakan moreh, selepas selesai solat tarawih nanti. Lagipun, ayah dan emak akan bekerjasama dan bersatu hati untuk memarahi kami jika kami tak pergi ke masjid. Kami tak maulah kena marah sangat. Apabila kami pergi ke masjid, sekali lagi kami berjumpa dengan kawan-kawan kamilah. Dalam perjumpaan itulah kami kemudiannya berbual-bual tentang bunyi meriam kami tadi sehinggalah salah seorang daripada kami kemudiannya mencadangkan satu lagi permainan ganjil pada bulan puasa. Permainannya begitu menyeronokkan walaupun amatlah bahaya. Permainannya sangat senang dan ringkas.

Caranya, kami ambil sabut kelapa yang bercambah di kampung kami dan kami nyalakan di hujungnya sehingga menjadi bara. Kemudian, kami selitlah pada reranting basikal kami. Selepas itu, kami berkayuhlah keliling kampung dan bara api yang ada pada hujung sabut itupun nampaklah merah apabila basikal di kayuh. Bulatan merah dan kadang-kadang ada percikan api yang terkeluar setiap kali kayuhan dibuat juga menyebabkan suasana begitu meriah. Kami kayuhlah basikal sekeliling kampunglah untuk menunjuk-nunjukkan kepada kumpulan budak-budak kampung yang lain yang belum ada idea sebaik itu. kami tak takut hantu pun kerana emak dan nenek kami selalu cakap bahawa hantu dan setan kena ikat dalam bulan puasa.

Anak-anak muda yang baru pulang dari solat isya dan hanya bertarawih beberapa rakaat sahaja melepak di kedai runcit turut ketawa bagai nak pecah perutlah menengokkan kebiulan kanak-kanak di kampung mereka bermain dengan api. Haih, tapi syukurlah tak seorang pun daripada kami yang tercedera dengan permainan api pada basikal itu. Kemudian, apabila waktu solat tarawih hampir selesai, kami cepat-cepatlah pergi ke masjid semula sebab tidak lama selepas itu, moreh akan diedarkan. Kemudian, sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami berjanjilah untuk bermain lagi seperti malam itu pada malam esoknya. Namun, ada ketikanya, rancangan kami tergendala apabila ada antara kami yang bermulut bacul menceritakan aktiviti kami kepada ibu bapanya.

Kemudian, seorang demi seorang dimarahi oleh ibu bapa masing-masing. Guru besar sekolah kami pada masa itupun bukan main lagi garangnya. Beliau dengan ikhlasnya turut melantik beberapa orang spy yang tidak boleh dipercayai sebenarnya untuk menspykan aktiviti kami di masjid. Adalah sekali itu, aku dan kawan-kawan aku yang merupakan sepupuku dipanggil oleh guru besar yang besar dan garang itu kerana kami dituduh berbuat bising di koridor masjid. Tetapi, memandangkan salah seorang daripada sepupuku itu pula anak ketua JKKK kampung kami iaitu anak pak long aku, guru besar itu dengan baiknya pula melepaskan kami tetapi dengan amaran terakhir kali yang pertamalah.Aku belum puas lagi bercerita. Kali ni pasal aktiviti emak dan kakak kami pada waktu petang bulan puasa.

Emak kami pandai memasak, menggoreng atau apa-apa lagi skill memasak yang lainlah. Kakak kami pun menjadi pandai setelah selalu sangat terpaksa membantu emak kami memasak pada setiap petang bulan puasa. Jadi, kami seronok juga menanti setiap petang melihat apakah juadah yang emak kami masak. Pada masa itu, di kampung kami bolehlah dikatakan semua penduduk kampung menyediakan juadah sendiri. Jarang dibeli dari luar seperti sekarang ini. Malah, aku sendiri tidak pernah tahu tentang wujudnya bazaar Ramadhan. Lagipun, juadah yang emak buat sendiri lebih sedap. Satu keseronokan yang berlaku dalam bulan Ramadhan tetapi tidak pada bulan lain di kampung kami ini ialah aktiviti bertukar-tukar juadah makanan terutamanya kuih-muih.

Kadang-kadang, semasa kami menghantar kuih-muih ke rumah jiran kamilah kami sempat pula berselisih dengan sepupu atau kawan kami yang turut pula menghantar juadah ke rumah kami.Biasanya, selepas 10 hari berpuasa, semangat sudah semakin meningkat. Puasa pun tidaklah lagi perit seperti pada mulanya. Rasa aku, dalam tempoh-tempoh begini, aku sudah mula kurang melihat jarum jam pada dinding rumahku. Aku lebih leka dengan meriam dan mula menyimpan wang sikit-sikit. Bukan hendak membeli baju raya tetapi membeli mercun dan bunga api. Aku suka bermain mercun katak. Bentuknya bukan macam katakpun. Iras-iras pun tak ada. Cuma, warnanya hijau dan setiap kali mercun ini dicucuh, dia akan meletup beberapa kali. Setiap kali mercun ini meletup itulah dia akan melompat. Jadi, kami gelarkanlah mercun ini mercun katak. Kami pun ikut melompatlah setiap kali mercun ini melompat. Itulah keseronokannya.

Selain itu, aku paling suka membeli mercun lada. Bentuk mercun ini seperti mercun papan yang orang Cina bakar sempena sambutan kongsifachai. Kami menggelarnya mercun lada kerana saiznya yang lebih kecil dan jika ketika membakarnya tidak sempat pula dicampakkan ke tanah, kesannya hanyalah rasa kebas pada jari. Rasa kebas itu tidaklah lama. Aku, bagaimanapun kurang suka bermain mercun papan kerana saiznya besar dan letupannya kuat. Selain itu, sumbunya bukan main cepat lagi menyala. Silap hari bulan, bengkaklah jari. Tetapi sebagai anak kampung, aku tidak menjadikan kejadian itu sebagai batu penghalang untuk memeriahkan lagi malam-malam bulan puasa.Pernahlah sekali tangan aku bengkak terkena mercun tetapi aku tidak laporkan kepada emak aku pasal itu.

Aku sendiri yang ubatkan penyakitku sendiri. Aku, pada asalnya bukanlah berdikari sangatpun, tetapi aku tidak melaporkan kepada emak kerana bimbang emak akan bekerjasama dengan ayahku buat sekian kalinya memarahi aku. Dan, seperti yang aku sedia tahu, mereka akan menggunakan kuasa keibubapaan mereka untuk menghalangku bermain mercun. Alangkah tak seronoknya nanti.Pada malam-malam ke sepuluh puasa dan ke atas, kampung kami mula bising dengan bunyi cucuhan meriam dan bunyi letupan mercun. Kanak-kanak pun bukan main meriah dan gembira lagi bermain bunga api. Mereka membeli bunga api yang pemegangnya besi dan mereka menyalakannya beberapa batang serentak dan mengangkutnya pada pokok bunga.

Kami pun selalu membeli mercun telur naga. Sebelum kami nyalakan cucuhannya, kami bersiap sedia dengan lastik. Selepas cucuhannya menyala, kami lastiklah mercun itu ke langit malam. Wah, percikan apinya memang cantik. Kami memang kreatif pasal itu. Polis tak tangkapkah orang yang bermain mercun dan bunga api? Pada masa itu, mercun dan bunga api diharamkan. Setahu aku, mula-mula sekali, kilang bunga api dan mercun dilarang beroperasi di Malaysia sejak kebakaran dan letupan kilang bunga api di Sungai buloh, Selangor. Kemudian, selepas ramai budak-budak yang mengalami kecederaan akibat bermain mercun, polis marah kalau kanak-kanak bermain mercun. Penjual mercun pun menjualnya secara sembunyi-sembunyi. Tetapi di kampung kami yang agak pedalaman pada masa itu, polis tidak masuk meronda.
Sudahnya, kampung kami tetap meriah dan ceria dengan bunyi letupan meriam dan mercun setiap kali bulan puasa. Ah, alangkah seronoknya saat-saat itu!

okeyh, byes n selamat berpuasa.
alias derais

Monday, July 12, 2010

mai dengaq mak nak berletiaq sat


kisah ni mak baca hari jumaat lepas. sorang hamba Allah tetiba je emel kt mak lawak ni. mak sakan gelak sampai sakit rahang mak, tambah ngan ayaq mata dok meleleh. mmg betui-betui lawak la.

mak pada mula x sangka kata ada org akan translate gini, tapi jgn terkejut la. mak mmg penah jumpa org yg jenih gini. nak translate tu direct je. bukan perkataan susah pun. cuma perkataan "free" je. mmg nampak mudah ja perkataan tu, tapi banyak makna sebenaqnya. hamba Allah ni sorang, punya la nak cepat ke apa ka, terus translate ke perkataan paling mudah. mak x mau la cakap apa, tapi perkataan yg dia guna utk ganti "free" tu mmg bikin semer org gelak besaq. bukan niat nak kutuk ke apa, tapi buat org semer terpikiaq akan logik ka x logik utk digunakan. yg lebih lawak tu, org tu dlm kategori belajaq tinggi.

bila mak terbaca surat ni, teruih mak teringat kt org tu. niat mak bukan nak malukan dia, tapi niat nak kongsi ngan kawan-kawan ja. jgn sangka semer org dpt translate satu perkataan dengan perkataan yg tepat.

hahahhahah...mak unduq diri dulu..mak nak sambung gelak balik...hilangkan cemuih dok pejabat sorang-sorang.....adios amigos...wachaaaaaaaaaaaa

diyah.

kenangan silam itu tak pernah padam

dan cikgu itu dengan garangnya berkata, "apalah nak jadi dengan hangpa ni. hangpa tau ka exam bila? "
"sebulan lagi," jawab zul dengan yakin tetapi tertunduk2 malu.
demi mendengar kata-kata zul, amarah cikgu itu membuak-buak.
"Kepala hotak hangpa!" tengking cikgu itu. "exam tak sampai sebulan lagi dah." katanya lagi. lantang. tegas.
dan remaja2 itu yang kini sudah bergelar bapa terdiamlah. kemudian mereka didenda ketuk ketampi di tepi perpustakaan itu.
" ah, setakat ketuk ketampi tu tak heranlah," mereka bersatu hati berkata demikian di dalam hati mereka. dan acara ketuk ketampi pun bermula tanpa rasa bersalah.
selesai ketuk ketampi, remaja2 itu dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan.
sebaik sahaja masuk ke dalam perpustakaan, mereka terpandang puluhan pasang mata yang memandang sinis ke arah mereka.
"ah, tak heranlah," kata mereka. punyalah keras hati.punyalah tebal kulit muka.

soalannya;
1)siapa mereka?
2)siapa cikgu itu?

jawable kalau berani.

byes!
alias derais.

Saturday, July 3, 2010

dimulakan oleh MULLER dan diakhiri oleh KLOSE-cun kan?

encik tevez yang tak mampu memegang trofi piala dunia

encik maradona yang digagalkan oleh keangkuhan beliau-harap2 ko tak mabuk sesangatlah malam tadi.

ini pasal bola sepaklah.

itulah orang tua2 dah cakap, jangan suka meninggi diri-nanti makan diri sendiri. enik maradona ni taklah meninggi diri sangat -tapi keyakinan yang melampau2 menyebabkan dia bolehlah dicopkan sebagai meninggi diri. haiyoh.

malangnya-sikap beliau ini bukanlah pula tidak dicontohi oleh sesiapa-ada juga orang lain terikut2 dengan keyakinan setinggi gunung everest beliau ini-sikap beliau ini ditiru pula oleh encik tevez-kata beliau, "jangan sentuh trofi piala dunia itu (kerana trofi itu milik kami)" perasanlah kau-sudahnya, team kau kena belasah 4-0 dengan jerman-yang lagi cun, penjaring gol pertama bernama MULLER dan penjaring gol terakhir bernama KLOSE. yelah,kalau dah mule mestilah diakhiri dengan penutup, yang dalam bahasa inggerisnya klose (close). cun kan?

aku nak sokong skuad oranje pulak. ini skuad yang selalu malang-harap2 kali ini mereka bernasib baiklah walaupun amatlah sukar kerana skuad jerman ini macam sempurna je-tapi apa2 pun boleh berlaku dalam bola sepak-jerman pun pernah kalah 0-1 kepada serbia kan? tak gitu.

buat fan argentina-jangan sedih-cuba lagi di siri akan datang.

byes.
alias derais

Wednesday, June 23, 2010

CERIAKAN HIDUP ANDA.....

hidup yang mengabdi kepada ilmu pengetahuan adalah hidup yang paling mulia.

cara terbaik untuk menjadikan segala sesuatu itu benar ialah bangun.

kekurangan kepercayaan pada diri sendiri, seringkali menjadi sebab kegagalan manusia.

rezeki selalu mencari orang yang sabar, tabah, tahan uji dan gembira.

kegagalan bukan bererti kehancuran, tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu loncatan menuju kejayaan.


perkataan yang sopan yang diucapkan dengan lemah lembut, lebih banyak hasilnya daripada ucapan yang kasar.

pengetahuan tiang kesempurnaan akal, akal tiang kesempurnaan agama, agama pokok keselamatan dunia dan akhirat.

percaya pada diri sendiri itu pokok segala keuntungan.

pengetahuan yang tidak diamalkan tak ubahnya seperti lebah yang tidak mempunyai manisan.


Petikan daripada Buku Pantun Nasihat.
(Diyah)

Tuesday, May 18, 2010

Balik kampung

ho ho ho balik kampung..ho ho ho balik kampung...hati riang

Last week aku baru je balik Pendang ngan anak-anak aku. Sang Suami x ikut sama, bukan x sudi tapi keja yg banyak, maka tidak mengizinkan utk sang suami ikut sama. Balik aku ada tujuan, mak aku buat kenduri Tahlil utk arwah PAK aku yg telah mencecah setahun pemergiaanya. Sebelum tu Al-Fatihah untuk roh Pak. Moga beliau tenang di sisi Penciptanya.

Mandangkan sang suami x ikut, maka aku ngan anak-anak balik ngan kapai terbang ja la. Senang nak heret beg ngan anak-anak. Lagipun sat ja dah sampai. Kira.. dah ada kemudahan, guna ja la. Mahai pun mahai la..janji buleh balik. Bukan aku balik selalu pun. tahun ni baru skali lepas raya posa aritu.....

Just nak share ngan hampa, masa kt kampung, Siti Hamidah a.k.a Midah meh rumah aku. Meh melawat. Kira ni mmg dijanjikan oleh kami ler. Kami nama je sekampung, tapi balik raya aritu x jumpak gak. masing-masing sibuk ngan keluarga. hehehhehe... dia dh ada anak 4 yer.....tp dia masih menten slim..selain dri jumpa kawan SMAPD ngan SMP...aku dan jugaklah jumpa kawan Poli aku...org Rembau tapi dok Charuk Kudong..kawin org situ..tp keja kt perlis.....

ok..la ni dh masuk keja smula...ni penuh meja tau...dari senin smp rabu..baru setel keja....besa lah keja kan...lagi x tutup mata...keja keja keja.....ni kira curi masa rehat ni utk tulih...coz excited tgk usop ngan lias dh ada entry baru...

Cikgu Lias...juz nak wat pembetulan...Bahasa Jiwa Bangsa tu bukan Usop yg tulih....ai yg tulih tau...kecik ati ai...heheheh....tp masa tulih tu...time nak uji bahasa melayu ai...tapi tulisan ni kira nak luahkan isi hati....tulih bahsa rojak lagi laju...bru smp maksud....

Lastly...selamat hari guru buat kawan-kawanku yg bergelar pendidik.....

jumpa lagi di lain coretan....diyah

Saturday, May 15, 2010

Blog ini boleh menjadi lebih dari sekadar sebuah blog

Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat, terutama sekali kepada Cikgu Alias, thanks sebab membalas mesej aku tempoh hari di dalam blog. Walaupun agak lama jugak aku tidak mengupdate sebarang post terbaru di dalam blog ini, aku masih lagi menjadi pemerhati setia blog ini. Tambahan pula aku ketika ini sedang aktif berblogging, sudah semestinya blog ini tersenarai antara blog favourite aku.

Otai blogger pernah berkata, hendak membuat blog itu senang, hanya 3 langkah sahaja bak kata blogspot, tetapi untuk berblogging secara konsisten itu yang susah. Realitinya blog ini sendiri agak jarang-jarang diupdate. Adakah kita semua telah kehilangan modal untuk bercerita sebarang kisah yang berlaku di dalam hidup kita? Wallahualam..

Bagi aku blog ini bukan sekadar blog biasa jika kena corak pengisiannya. Blog boleh menjadi apa-apa sahaja dan bisa membuatkan pemiliknya menjadi kaya raya. Tetapi bukan itu yang ingin aku sentuh kali ini. Bagi aku cukuplah sekadar jika blog ini terus menjadi tali persahabatan yang menghubungkan kita semua.

Aku sedia maklum kita semua masing-masing sibuk dengan kerjaya, tetapi apalah kiranya kita mencuri sedikit masa untuk menulis sesuatu di dalam blog ini. Hendak seribu daya, jika tidak hendak seribu pula dalihnya.

Alang-alang aku menulis, kali ini aku selitkan sebuah lagu khas untuk kita semua, selain menjadi halwa telinga masing-masing, lagu ini juga mungkin boleh menjadi pencetus inspirasi untuk kita semua dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan yang mendatang. Sampai di sini dulu, aku akan terus menulis dan diharapkan blog ini akan diupdate dengan lebih kerap selepas ini.


Queen - Friends Will Be Friends


Muhamad Yusoff bin Khalid
Bandar Seri Astana, Sg. Petani, Kedah
15.05.2010
11.08 pm
http://fastblox.wordpress.com/

Monday, May 10, 2010

dan seseorang amat menyayangi blog ini.

ada seorang kawan ini mengutuskan sejumlah perkataan dalam kiriman smsnya kepadaku-mari kita kongsikan bersama2 kandungan sms ini.

"assalamualaikum alias, mcm mana blog kita? nampak senyap saja."
sent: 10-May-2010 05:16:35 pm

pengirim sms ini ialah yusof. aku fikir aku balas jelah sms tu kat sini. beginilah langkah2nya;

1) blog ini akan terus hidup seperti mana jiwa kelas itu sendiri yang sehingga kini masih segar dalam kotak ingatan kita semua.
2)insyaallah, akan menyusul entri demi entri-cuma nak tentukan jadualnya tak dapatlah sebab masing2 sibuk dengan komitmen.
3)cadangan: boleh tak semua ahli kelas ni yang ada username n password menyumbangkan apa2 entri pada kadar sebulan satu entri. jangan yusof je bermati2an berusaha. moh le kita semua.


okey, itulah jawapan kepada soalan sms yusof itu. kalau macam ni punya panjang memanglah tak dapat tulis dalam kotak handphone kan.

bye.
alias derais

mujurlah aku bukan tony jaa

aku pergi pertama kompleks. survey beg kamera sebelum beli di yamiya. sebab harga di yamiya empat puluh ringgit lebih murah-tapi aku takmolah beli kat online tanpa melihat barang tu secara dekat-so, aku pergi le ke international kamera.

n aku tergoda pula melihat converse grey tapak nipis yang wierd tapi macam cun tu.so, aku beli kasut pun walaupun tanpa dirancang terlebih dahulu. (jangan contohi). so terbanglah rm 149.90. takpelah, nak pakai kan. (menyedapkan hati)

masa nak meninggalkan kompleks tu terpaksalah bayar tiket parking kan. jadi, aku menapak ke mesin bayar duit tu-langkah2nya beginilah;

1-berdiri kat depan mesin
2-keluar dompet yg penuh dgn duit -hehe( sementara je sebab nak beli satu benda tu (rm300++), beg KATA (rm300++), kasut converse (rm149.90) dan lain lain-at last, rabak jugak poketku.
3-aku tengah bayar ni-tiba2 satu manusia ni-remaja-muda-beramah mesra sambil menepuk bahuku-oh sungguh musykil n suspen)-main tepuk2 bahu pulak-aku takut kena pukau je.
4-masa aku nak blah, ada tiga orang lelaki bermuka serabut n ganas dok tenung kat aku-sekali lagi aku suspen n cuak jugak-takut kena pau-haih.

tu lah, bila jenayah berleluasa, kita rasa tak selamat langusng berada di mana2 n bila2. nak harap sangat kat polis pun tak boleh juga sebab polis pun busy tembak penjahat sampai remaja pun kena tembak. camne tu?

mujurlah aku bukan tony jaa. kalau tak, tiga mamat yang dok tenung aku tu dah terpelanting kat mana tah aku kerjakan. aku bukannya suka sangat orang dok tenung2 kat aku.

okey, bye dan saya amat memahami dan menghargai sahabatku yang bernama yusof itu. artikel beliau berkenaan bahasa jiwa bangsa amatlah terpuji-teruskan usaha anda. bahasa saya mungkin bobrok tapi itulah hakikatnya apabila saya menulis untuk meluahkan perasaan atau pemikiran secara santai-bahasa saya pun ikut bersifat demikian.

saya suka letakkan gambar dalam entri-tunggulah, bukan sekarang.

wassalam.
alias derais

Thursday, March 25, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Salam semua.

Masing-masing mesti sibuk dengan tugas kan? Maka dengan itu, ramai tidak sempat membuat coretan dalam blog ini. Tetapi yang pasti teman-teman semua merupakan pembaca senyap. Tentu semuanya jadikan ia sebagai sumber untuk "release tension". Aku berkata begini kerana aku juga merupakan pembaca senyap laman blog ini. Aku hanya sempat memberi komen ringkas sahaja. Tetapi kali ini, aku mengambil kesempatan untuk cuba menulis sesuatu untuk tatapan semua. Kerana apa aku ingin menulis? Sebab utama adalah aku lapang. Kenapa aku lapang? Sebab ketua ku sedang bercuti bersama keluarga selama seminggu di Australia. Oleh kerana beliau tiada, maka jadual aku juga tidak sesibuk biasa. Maklumlah tugas aku adalah setiausaha a.k.a " secretary".


Bahasa menunjukkan bangsa. Itulah topik aku pada hari ini. Bukan ingin berbahas bukan ingin berpidato. Cuma ingin berbicara mengenai gaya penulisan pada masa sekarang. Apakah kesan buruk jika kerap menggunakan perkataan yang telah diringkaskan? Atau dalam kata lain kerap menggunakan bahasa "sms". Tentulah kita akan terikut-ikut dengan bahasa mudah itu, dan akan terlupa dengan bahasa formal yang sepatutnya ditulis. Ini amat membimbangkan saya kerana ia akan memberi kesan kepada anak-anak kita.


Anak saya sendiri pernah menulis "sms" dengan menggunakan bahasa ringkas. Contoh yang amat mudah ialah perkataan "abang" telah digantikan dengan "abg". Walau bagaimanapun, saya telah memberitahu dia agar menulis ejaan penuh kerana dia masih di peringkat sekolah dan mengatakan hanya orang-orang yang sudah bekerja sahaja boleh menggunakan bahasa sebegitu. Setakat ini dia faham akan alasan itu. Tetapi sejauh mana dia akan mengikutinya saya perlu memantau dari masa ke semasa.


Baiklah kawan-kawan, coretan ku ini hanya setakat ini sahaja. Kerana keasyikan ku ini telah diganggu oleh deringan telefon di pejabat. Hilang sudah idea yang berlegar di kepala.


Nota kaki dan tangan :
12 Mei 2010, aku akan pulang ke Pendang. Jumpa di sana.


Diyah (26/3/2010 @ 11.50 pagi)

Wednesday, March 3, 2010

Teknologi....

Salam buat semua...

Terlintas di fikiran untuk dikongsi bersama.
Aku mempunyai seorang putera yg semakin membesar, dah menjangkau usia 10 thn. Sebagai mama yg baik n sayangkan anak, aku belikan dia telefon. Taklah mahai mana pun...yg biasa2 je.

Ni semua utk kemudahan dia utk menghubungiku di saat2 kecemasan (ikhtibar dr kejadian pakcik bas x ambik dia kat sekolah..balik jln kaki)

Tapi apa yg merisaukan diriku kini...ahhh telefonnya byk dihujanan dgn sms apa2 entah!!!... Bukan dia je...aku pun kena. Nak risau dibuatnya. Tension aku dgn penyebaran sms yg apa2 entah tu. Sebagai seorg ibu, aku takut dia akan reply...w/pun ku tahu handset dia x up to date (saja ku beli mcm tu).

Mungkin ini salah satu penyebab gejala sosial sekarang. Tak gitu cekgu2 sekalian...
Dengan kuasa vito ku ini...handset puteraku kini telah dirampas. Tiap2 hari aku check sms yang masuk. Tapi di namakan bebudak...dia akan bertanya "awat mama delete sms tu, sapa yang hantar, sebab apa depa hantar" n mcm2 lagi la...

Emm...entahlah. Tapi yg menjadi persoalanku kini...mcmana diorang blh tau no. hset kita. Ahhh..teknologi teknologi. Macam2 boleh jadi.

Apa yg boleh kuberitahu dia.."along jgn layan sms mcm tu n jgn reply apa2. Benda tu tak elok, Tuhan marah kalau kita buat". Hahahahaha...cekgu2 tentu pandai bg reason yg bernas. Apa pendapat anda? Nak buat laporan polis mcm yg tertulis di dada akhbar Kosmo hr ni ke? 'SEKAT SEGERA PENYEBARAN KLIP VIDEO LUCAH'. Persoalannya siapa yg akan bertindak dan sejauh mana penyekatan itu akan dilaksanakan??

Senarai nama yang menghadiri reunion 2009

Assalamualaikum n salam 1 Malaysia...

Sorry la kekawan. Aku terlalu ambik masa untuk senaraikan list ni..(hehehehe mcm keja byk sgt). Apa pun akhirnya aku berjaya jugak untuk paparkan senarai ni untuk kekawan. Harap2 reunion akan datang bertambah lagi keahlian...



Rodhiyah Ali
012-6706232
diyah20477@yahoo.com
No.15, Jln Indah 18, Desa indah 2, Putra Nilai, 71800 Nilai, N9

Lizawati Talib
017-4841017
lizawatitalib@yahoo.com
1591, Jln Seri Bayu 2/41, Taman Seri Bayu 2, 08000 Sg. Petani, Kedah

Fitriyah Osman
013-4423706
Fitriyah@m-mmotor.com
No. 542 Jln Kenangga 4/1, Persiaran Amanjaya, 08000 Sg. Petani, Kedah

Kasnidar Kassim
012-4630831
Kasnidar@yahoo.com
Kuarters Penghulu Mk. Teloi Kanan, Kg. Tembak A, 09300 Kuala Ketil, Kedah

Roslan Hashim
013-5314231
No.200 Housing B, Lafarge Cement Malaysia, Langkawi

Mohd Zulkifli Johari
019-5984993
No. 7, Jalan Orkid 3, Taman Orkid, 06700 Pendang, Kedah

Alias Derais
012-2418455
oraitlah@hotmail.com
Kg. Alor Besar, Kota Sarang Semut, 06800 Alor Setar, Kedah

Muhamad Yusoff Khalid
019-4366764
bandarperdana@gmail.com
191C, Lorang Astana 10, bandar Seri Astana, 08000 Sg. Petani, Kedah

Nazri Kamarulzaman
019-4704877
Nadzrikz@gmail.com
74D, Taman Seri Pendang, 06700 Pendang, Kedah

Zulkifle Omar
017-4096135
Pejabat penghulu Mukim Sedim, 09700 Kulim, Kedah

Noradliza Ismail
012-2829240
Blok A-612, Desa Wangsa, Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Noorasikin Saad
013-4086354/0134469040
exora.honey77@gmail.com
No. 97, Lorong Mas 3, Taman Seri Mas, Pendang, Kedah

Khorol Nizam
019-2244208
khorol@pjh.com.my
No.89, Jalan Bakawali C/6, Taman Bakawali C/6, Kota Seriemas, 71800 Nilai, N9

Friday, February 26, 2010

Rindu...dan Sayunya Versi 2

Salam Maulidur Rasul semua

Secebis bingkisan perkenalan dariku untuk rakan-rakan yang telah lama berpisah...Seronok menatapi wajah2 kalian di blog ni...Kini...gambaran wajah kalian sewaktu waktu dahalu...melayang-layang di ruang mata...berbeza sekali dengan gambar yang kutatap di blog ini sekarang. Maknanya...masa berubah kita turut sama mengalaminya...

Moga perubahan yang baru memberi kita ruang untuk lebih memperbaiki segala macam kemungkinan yang ingin kita lakukan...juga memperbanyakkan lagi amalan yang baik-baik...Insya Allah....

Cikgu Ika Ismail
( Atikah Ismail )

Rindu...dan Sayunya....

Salam buat semua teman2...masihkah kalian ingatkan aku. Gadis kecil yang tembam seketika dulu. Tapi kini kira anggun lah...chey wahhhh

Malam ni...aku berkesempatan berbual bersama Alias setelah bertahun-tahun alam persekolahan ditinggalkan...setelah bertahun-tahun tak mendengar atau mendapat kabar berita dari kalian.Sipi-sipi sahaja berita tentang kalian menjengah ke telingaku.

Berbual walau sekadar berchating d ruang facebook, banyak yang ku tahu dari Alias. Gembiranya mendengar tentang kisah kawan2 yg dh berjaya...paling hiba bila ku tahu dari paparan lizawati yg Suzila Din telah pergi selama-lamanya. Ya Allah...bila pula kita ya...maknanya banyak yang perlu aku dan kamu semua merenunginya...kita dah semakin meningkat usia..

Semasa reunion terakhir hari tu...aku tak dapat pergi.Lizawati ada menjemput tapi ada halangan yang tak dapat dielakkan. moga ada lagi kesempatan untuk kita berjumpa nanti...Aku rindu kalian semua...sungguhhh...

Thursday, January 21, 2010

wah..wajah baru blog ini...

Salam...

Wah..baru 2 hari aku tak bukak blog ni...tup2 dah berwajah baru...tq bro..walau aku tak tau sapa yang ubah nya.....

Ucop...aku bukan tak mau tulih..tapi tak berkesempatan...sibuk sangat la....paham-paham sajalah keja kt opis ni..aku kan tukang angkat tipon ngan jawab sorat....walau pc depan mata...dok layan keja ja...paling kuat aku layan "muka buku" je....heheheh..tak pun layan "YM" ngan Lizawati n syikin......si lizawati ni..ada je "muka buku" tapi jarang update....kihkihkih

Tahun 2010 aku ni dimulakan dengan pertukaran gred jawatan aku....dulu sama ngan PT (P/O) tapi la ni di"upgrade" ke N27 taraf diploma...kira rezki aku ler ni...alhamdullillah...dah rezki tambah ni..bleh la tanam cita2 tambah bilangan ahli keluarga aku...moga dapat bunga plak kali ni....

Dah lama aku tak balik pendang sejak raya posa hari tu.....rindu juga pada kampung paya nedam aku tu...paling aku rindu nak tengok kuboq arwah pak aku...Al-Fatihah utk rohnya..

okeh le...aku simpan citer utk pnext time post..citer semua..nanti x dak citer plak......

Diyah....(USIM Nilai)

Wednesday, January 20, 2010

Mana entry dari kawan-kawan???

Foto di atas buat kawan-kawan la...!

Lama jugak aku tak tulis apa-apa dekat blog ini. Bukan tak ada idea, tapi aku tertunggu-tunggu kawan-kawan yang lain menulis sama. Tunggu punya tunggu, ibarat tunggu hujan turun di gurun sahara. Tak mungkin kawan-kawan aku tak pandai nak menulis, nahi nahi mungkin.

Tak kisah lah apa-apa entry pun asalkan menulis sesuatu kat sini. Dengan cara tu barulah meriah blog, taklah suram je. Nasib baik ada shout box, kalau tidak lagilah sunyi sepi. Atau kawan-kawan aku tak ada talian internet??? Mungkin jugak, liputan internet di Malaysia memang masih belum meluas, kadang-kadang tu talian slow macam siput.

Satu cabaran buat kawan-kawan, tulislah sesuatu di sini ye, ceritalah apa-apa pun takpe, kalau nak cerita pasal kerja ke, famili ke, luahan perasaan ke, atau baru beli baju baru ke, cerita je jangan malu-malu, ada orang nak baca ni ha..he he.

Tok penghulu pun diam je, cikgu alias pun senyap je. Mana lizawati, diah, syikin, paklang dan kawan-kawan yang lain, bagaikan hilang di bawa angin pulak. Jangan mare, gurau saje. Eh, sedar tak sedar apa yang aku tulis ni dah jadi satu entry pulak, syabas buat diri aku sendiri..kui kui kui.

Yusoff
http://tulisanbiru.blogspot.com/