kini-dengan sedikit kemahiran dan ditokoktambah dengan keikhlasan hati yang membuak-buak-aku memainkan sedikit perananlah untuk kelas yang tersayang ni-tersayang? agaklah. akhirnya-terhasillah blog ini yang 100peratusnya datang dari apa yang terlintas dari fikiran aku semata2 tanpa dirujuk kepada sesiapa dari kelas ini. adakah blog ini mampu memuaskan hati budak2 kelasku yang lain? entah dan aku tak peduli-yang aku peduli ialah janjiku kepada lizawati dan encik zul telah ditunaikan-iaitu janji untuk menubuhkan satu portal yang boleh digunakan untuk menyatukan kembali ahli keluarga kelas ini.
pun begitu-yang aku rasakan ialah blog ini dari sudut lahiriahnya kelihatan seperti personal blog yang lain-dan bukanlah blog kelas-tak kesahlah-asalkan objektif penyediaannya tercapai-itu sudah kira suci murni. adakah ketidakkesahan aku ini menjadi ketidakkesahan rakan2 sekelas yang lain?-itu pun aku tak peduli juga.
harapan aku-dengan adanya blog ini;
1)pelajar2 kelas kami yang kini membawa haluan hidup masing2 akan kembali bersatu.
2)kami dapat berkumpul pada masa2 tertentu atas tujuan jalinan ukhuwah-juga atas jalinan persahabatan yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
3)kami dapat memanfaatkan pula segala apa yang kami pelajari dan kuasai untuk anak-anak kami-atau generasi masa kini-atau atas apa-apa sahaja tujuan yang suci murni.
4)banyak lagilah objektifnya-malas nak tulis lagi.
kesimpulannya-aku berharap blog ini berjaya dari segi hidupnya-dan blog ini tidak pula usang kerana tidak ada tetamu-oh, banyaklah harapan aku-malas nak sebut banyak2 bimbang harapan tinggal harapan.

contengan by;
alias derais
No comments:
Post a Comment