Tuesday, December 6, 2011

Permainan lama yang kian dilupakan kini....

Salam cuti persekolahan.

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, cuti sekolah akan tamat. Pada ketika ini, sudah semestinya anak-anak sedang bergembira di rumah atau di kampung dengan aktiviti bebas mereka. Buku-buku dibiarkan dulu berehat tanpa disentuh. Mata banyak tertumpu pada tv atau permainan moden zaman sekarang. Manakala bakal hero Malaya pula ramai yang kecut perut kerana bakal "dipotong" pada musim cuti sekolah. Alhamdulillah hero Malaya saya sudah selamat "dipotong" pada 26 November lalu dan kini sudah kembali aktif menyepak bola ke sana sini.

Kali ini saya nak menyembang mengenai jenis-jenis permainan zaman kanak-kanak saya. Memang meriah dimainkan. Pantang sahaja ada masa, terus ajak rakan-rakan berkumpul. Di bawah ni saya senaraikan permainan tradisional yang sering saya sertai dan main bersama-sama adik beradik dan kawan-kawan. Antaranya :

1) Main toii (galah panjang. Kena mainkan tempat yang luas sebab nak buat garisan.
2) Cakplong yang mana permainan tembak-tembak guna buluh kecik dan buah terung belanda. Permainan ini khas untuk lelaki tetapi apakan daya, menarik minat budak-budak perempuan juga sebab boleh tembak orang sesuka hati.
3) Main ceper (tudung botol)
4) Main selambut (batu semban)
5) Zero point (main getah. Saya memang 'tera' ni. Walaupun ketinggian tak seberapa, tapi boleh lepas aras kepala si pemegang.
6) Main baling kasut (yang ni aku sendiri lupa nama permainan yang orang Kedah panggil)
7) Congkak, tapi istimewanya guna biji getah sebagai buah dan lubang rumah hanya korek tanah sahaja. Balik rumah sah-sah kena marah, sebab kuku hitam penuh dengan tanah.
8) Aci perambat atau main ligan-ligan.
9) Main sorok-sorok
10) Main dangau atau main mak-mak...

Saya sebenarnya ingin berterima kasih pada Siri Animasi Upin dan Ipin yang mana banyak memperkenalkan permainan dulu-dulu dalam siri tersebut. Kalau tiada siri tersebut, anak-anak saya sendiri tidak tahu nama permainan dan cara bermain permainan yang telah dimainkan oleh mak ayahnya masa kecil. Tabik spring untuk Penerbit siri tersebut. Memang memartabatkan Malaysia walau hanya melalui siri kanak-kanak sahaja. Ikhlas saya akui, saya sendiri sudah lupa banyak permainan tradisional ni. Selepas menonton bersama anak-anak dan ditanya bagaimana hendak bermain permainan itu, barulah saya tahu bahawa kesan siri itu sebenarnya besar kepada penonton cilik. Rasa ingin tahu dan ingin meneroka keseronokan itu ada pada sebilangan kanak-kanak yang sering menonton siri tersebut. Tahniah sekali lagi buat Penerbit dan orang-orang kuat disebalik tabir siri tersebut.

Persoalannya sekarang, adakah permainan-permainan ini sesuai dimainkan pada zaman kini? Atau masih samakah keseronokan itu dirasakan pada kanak-kanak zaman ini?

Tepuk dada tanya selera.

Diyah

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur pada Allah kerana kita semua masih dipanjangkan umur pada tahun ini dan diberi peluang meraikan aidilfitri bersama keluarga. Semoga kita semua terus diberkati dan dilimpahi dengan rahmatNYA.

Lama juga saya tidak mencoret dalam blog ini. Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada rakan-rakan kerana tidak dapat hadir dalam majlis pertemuan ahli kelas kita pada hari raya ketiga baru-baru ini. Memang pada mulanya saya berjanji untuk hadir, namun pada saat akhir, ia terpaksa dibatalkan memandangkan saya tidak balik beraya di Kedah pada tahun ini.

Saya rasa, kemeriahan kalian tetap sama walau tanpa kehadiran si becok ini. Apa pun, tahniah buat kalian semua. Jangan lupa masukkan beberapa gambar dikongsikan bersama.

Tiba-tiba terlintas di otak ini untuk catatkan beberapa perbezaan sambutan raya dulu dan kini (kira ni pandangan peribadi saya sendiri la, mungkin hampa semua masih rasa sama je). Yang aku perasan cam kat bawah ni:-

Lemang
Dulu : dua hari sebelum raya, sibuk mencari buluh, sehari sebelum raya, sibuk bakaq lemang, sampai ada yang "frust" kalau lemang tak masak, kadang-kadang terlebih santan atau garam.
Kini : "on the way" balik kampung, dan lagi singgah gerai tepi jalan untuk beli lemang...

Bahulu :
Dulu : dua tiga hari sebelum raya, sibuk dok pukui teloq dalam bekas cam tempayan kecik, bakaq guna sabut, sampai hitam lubang hidung dengan asap. Buat macam-macam bentuk dan yang paling 'glamer" bentuk ikan ler.
Kini : Dua tga minggu sebelum raya sudah tempah dengan pembekal yang memang buat perniagaan bahulu sepanjang tahun

Buat kek raya
Dulu : masing-masing pulun dok buat kek malam raya. Macam-macam aneka jenih kek
Kini : semuanya pergi beli malam raya. pi pulak lewat sikit untuk dapatkan harga murah (penghabisan stok)

Baju raya
Dulu : sebulan sebelum tu, sibuk dok beli kain dan hantaq ke tukang jahit
Kini : Beli saja, cakap je nak saiz apa, kaler apa, semua ada. janji duit ada

Kad raya
Dulu : seminggu sebelum raya, sibuk kita semua beli kad raya untuk dihantaq. penuh pejabat pos sebab pakat dok beratuq beli setem
Kini : semuanya kad alam maya. tambah-tambah ada "muka buku", semua ucapan tulis di situ je. Lepas buka puasa je, bertalu-talu sms ucapan raya masuk ke telefon masing-masing. Dari ayat formal hingga ayat berbunga-bunga. janji "kredit" telefon ada sudah..kalau tak balas tu kira abih "kredit" la tu.

Ok, aku berenti kat sini ja nah....aku nak gi sambung kerja balik, ni aku curi masa kerja sat utk hilang "stress" (padahal baru dua hari mula kerja selepas cuti raya). Tapi tak dapat dinafikan beberapa amalan mulia masih diteruskan seperti beraya di rumah adik beradik (merujuk kepada sanak saudara), kawan-kawan dan jiran tetangga. Masih lagi ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin diucapkan setiap kali bersalaman. Apa yang penting, kita semua masih lagi menghayati erti sambutan raya tersebut iaitu hari meraikan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa dengan menahan diri dari segala dugaan.


SALAM AIDILFITRI DARI NILAI.

Monday, July 4, 2011

dan ramadan bakal menjelang-kisah reunion pun bangkit semula





di kampung alor besar-cuti sekolah yang lalu.

ramadan penuh dengan nostalgia.

memang pun.

aku mengakui ramadan amat istimewa-dari segi ganjarannya-juga dari segi pengalaman melaluinya-sejak mula dahulu hingga kini-keterujaan untuk melaluinya amat terasa.

encik zul penghulu ada menghubungi aku hari itu-mengingatkan aku tentang rancangan reunion pada tahun ini-dan aku mula fikirkan tentang beberapa perkara.

1)biarlah tahun ini kita menyambutnya dengan lebih ramai ahli-yang kita mula kumpulkan sejak hari ini-dan lebih original kalau ahli-ahli itu dari kelas kita dahulu.
2)aku agak mahir dari aspek audio visual-jadi, aku mengofferkan diri untuk memberi bantuan dari sudut itu.
3)utk tujuan itu, harap dapatlah kawan-kawan memberikan aku gambar2 lama kelas kita dahulu yang ada dalam simpanan korang utk aku audio visualkan-hari reunion nanti semua orang buleh tengok.
4)Wujudkan bahagian ajk jemputan-kalau buleh jemputlah mana2 bekas guru yang pernah mengajar kita dahulu-

cukuplah dulu sampai di sini-

soalannya, apa pendapat korang?

alias derais

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU RAKAN-RAKAN TERSAYANG

Salam.

SELAMAT HARI GURU RAKAN-RAKANKU SEMUA.
Teruskan perjuangan tanpa ada rasa penat dan jemu dalam usaha mendidik dan membimbing anak-anak kita. Jasa dan guru tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Berjayanya murid bererti cemerlanglah guru itu.



Diyah